Little Disclaimer ♥! ![]() Music Box ♫! Enjoy! Yeyeaah :D ![]() ![]() Talk Talk Here ✆! Credit ▲!
| Diari Perempuan vs Diari Lelaki!!
Diari Perempuan. Sabtu Malam. Hari ni. I rasa Si Dia berperangai lain macam. Kalau dulu, setiap kali selepas pergi dating, Si Dia belikan I chocolate Ferrero Rondnoir. Tapi sekarang... Habis je dating. Si Dia buat derk. Adakah Si Dia dah pasang lain? Kalau dulu. Malam-malam mesti dia akan SMS. "Selamat Malam Sayang" Tak pun nyanyikan lagu Faizal Tahir untuk I. Tapi sekarang, setiap kali I anak borak melalui telephone. Dia kata tak der kredit. I tahu dia tipu. Hari ni, I cuba call dia. 33 kali I call. Tapi dia tak angkat pun. Tapi tak apa. I faham. Dia mungkin busy. I hantar 44 SMS pulak. Tapi satu pun dia tak balas. Tak apa lah. Mungkin tak ada kredit. But then, bila malam tadi, I call, I dapat waiting. Adakah dia tengah bergayut dengan perempuan lain? Adakah dia ada perempuan lain selain I? Benci! I rasa, I sure yang dia dah ada perempuan lain. Heh. Dasar lelaki. Pantang jumpa perempuan hot sikit, terus lupakan yang lama. Fine. Kalau dia suka sangat kat perempuan tu, lepaskan I dan pergi je lah kat perempuan tu. I boleh lupakan dia. Tak ada hal langsung! ;( Ahad Malam. I rindu dia. I rindukan cara dia perlahankan suara bila bermanja dengan I. I rindukan gelakkan dia. I sedih. Kenapa dia mesti sukakan perempuan lain. I tak rasa I boleh lupakan dia.. :( Benci! Benci! Benci! Diari Lelaki. Sabtu Malam. Asal main Dota je, kalah. SHIT! Ahad Malam. Apa ni Chelsea?? Dengan Manchester Ushitnited pun boleh kalah? Well, girlsss *Rolling eyes*. Always with their eww-ewww-love things. Ewwww. ;) |