Neana Liena
Little Disclaimer ♥!


Annyeong haseyo,I'm Neana Liena ' who wrote this blog.I like pink & purple colour . You ??please be nice here and don't copy what's mine! Don't Judge a Book By It's Cover :)


Entries About Linkies Stuff


Music Box ♫!

Enjoy! Yeyeaah :D
Talk Talk Here ✆!

Credit ▲!

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Lili dan Hati






Ini Lili. Lili punya sekeping Hati yang merah dan cantik sekali. Lili membawa Hati kemana-mana sahaja Lili pergi. Bonda Lili pesan, "Lili mesti sentiasa jaga Hati, bawa Hati kemana jua Lili pergi. Kalau tidak, Lili akan jatuh sakit". Lili anak yang baik, Lili selalu ingat pesan bonda Lili itu.









Semakin hari, Lili berjumpa dengan semakin ramai kawan baru. Dan semakin hari, Lili semakin pelik kerna kebanyakan kawan Lili tidak membawa Hati bersama mereka. Malah, mereka masih sihat dan hidup lebih senang kerana tidak perlu terbeban membawa Hati kemana-mana.









Lili pula semakin melupakan pesan bonda Lili dan Lili meninggalkan Hati di tepi jalan raya. Lili ingin hidup senang seperti kebanyakan kawan-kawan Lili. Lili yakin Lili bisa hidup sihat tanpa membawa Hati bersama.












Semakin hari, Hati menjadi semakin kotor dek debu dan berhujan panas di tepi jalan raya. Warna Hati sudah tidak merah dan sudah tidak cantik walaupun sekali.









Memang hidup Lili lebih senang kerna Lili tidak perlu membawa Hati bersama. Akan tetapi, Lili merasakan hidup Lili kosong. Lili berasa, Lili tidak sesihat seperti dahulu kala. Lili... perlukan Hati kembali






Lili kembali ke tepi jalan raya mencari Hati. Alhamdulillah, Lili masih tidak terlambat. Hati masih di situ. Tetapi malangnya, Hati sudah tercemar dan tidak bersih lagi.










Lili amat duka dan sesal. Lili kemudian berlari dan membersihkan segala kotoran degil dan debu-debuan yang melekat pada Hati. Walaupun sukar, tetapi Lili yakin Hati akan kembali merah dan cantik seperti dahulu kala.















Akhirnya, berkat penyesalan dan ketekunan Lili, Hati menjadi semakin cantik dan berseri-seri. Kini, Lili tidak berasa kekosongan lagi, kerana... Hati ada bersama. 












Di dalam hati sebenarnya ada fitrah. 
Dan fitrah hati adalah islam.
Sebab itu kita perlu senantiasa menjaga hati kita, kerana apabila kita menjaga hati, bermakna kita juga menjaga islam bersama.
Kita sering merasa terbeban dengan islam, lalu ditinggalkan dan dibiarkan islam begitu sahaja demi mencari kesenangan dunia.
Lama-kelamaan islam kita akan menjadi kotor dan tercemar.
Maka kita akan merasa kekosongan dan tidak selesa kerana kita telah membuang fitrah hati kita yang memerlukan islam.
Bertuahlah kita sekiranya kita berjaya mencari kembali islam kita sebelum terlambat.
Ketika itu, bertaubat dan sucikanlah kembali islam kita, dan yakinlah...


"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."