Neana Liena
Little Disclaimer ♥!


Annyeong haseyo,I'm Neana Liena ' who wrote this blog.I like pink & purple colour . You ??please be nice here and don't copy what's mine! Don't Judge a Book By It's Cover :)


Entries About Linkies Stuff


Music Box ♫!

Enjoy! Yeyeaah :D
Talk Talk Here ✆!

Credit ▲!

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Jenis-Jenis Perempuan yang Sanggup Bermadu



#1 Perempuan yang sanggup menjadi isteri kepada lelaki-lelaki yang sudah berkahwin.
#2 Isteri pertama yang mandul.
#3 Isteri solehah yang ingin mendapatkan payung emas di Syurga.
#4 Isteri naif dan yang menurut perintah suami.
#5 Isteri yang tidak kisah berkongsi asalkan suami berlaku adil dan haknya tidak dicabuli....

Hmmm,neana tak termasuk dalam 5 kategori di atas sebabnya neana memang rasa neana tak akan sanggup bermadu. Neana dah pernah tengok orang terdekat dalam keluarga dimadukan. Tak best betul rasa dia kecuali kalau termasuk dalam 5 kategori perempuan tu.

Tapinya, tak bermakna semua perempuan lain pun tak sanggup macam neana. Ramai je yang sanggup bermadu. Apatah lagi perempuan yang suka rampas suami orang. Sah-sah lah sanggup kan? Hihi. :B

Neana tak pulak cakap yang neana ni menentang hukum Islam yang membenarkan poligami. Apatah lagi nak cakap poligami tu haram. Memang lah tak. Kalau neana tak suka makan durian, tak bermaksud neana mengharamkan durian kan?

Dalam ayat Quran terang-terang cakap lelaki yang mampu berlaku adil boleh je nak kahwin 4, tapi bermakna lelaki tu, bukan kahwin dengan neana lah. Tapi kalau Allah dah takdirkan, siapa neana untuk menolak kan? :)


Ramai perempuan kalau boleh nak jadi macam Khadijah dan Fatimah. Khadijah selama berumah tangga dengan Rasulullah SAW tidak pernah dimadukan dan Fatimah seumur hidupnya tidak pernah dimadukan oleh Saidina Ali.

There's a saying, "an ideal marriage is between a man and a woman". Maksudnya kalau a marriage between a man with two, three, or four women ni tak berapa nak ideal lah. Heee. But still, tak ada salahnya pun kan.

Musim cuti sekolah dah bermula, banyak betul orang yang bakal mendirikan rumahtangga. Didoakan yang terbaiklah buat mereka-mereka itu semua. Orang kata, kalau dah kahwin, maknanya, sudah bertemu dengan jodoh yang Allah takdirkan. Kalau tiba-tiba bercerai tu, maknanya bukan jodoh lah tu.


Macam mana pulak orang tu boleh kahwin dengan bukan jodoh dia? Bila dah kahwin kali kedua baru betul jumpa jodoh dia tu kira macam mana pulak ye? Hmm, Allah knows best. Mungkin jodoh itu bergantung kepada bagaimana kedua pasangan tu cuba mempertahankan hubungan tu kot kan. Sekian.